Friday, July 27, 2012

Kisah AKU n 5 Utarid

Salam semua,


Blog aku ni dibuka officially pada 2 Mei 2010, lepas zaman persekolahan aku. Banyak memory waktu zaman sekolah tapi banyak jugak yang missing sebab dulu main myspace, simpan gambar dalam tu. Then aku delete myspace without recollect semua gambar-gambar tu. Tinggal lah beberapa kerat picture zaman sekolah buat kenangan dan juga tatapan anak-anak nanti, huu.

Surprisingly, semalam aku mimpi kawan-kawan sekolah aku. Lama tau, dan aku ingat sikit flow mimpi tu. Background maybe waktu Form 5, sebab dalam mimpi tu aku pakai vest PRS which I only had the chance to wore it during my senior day kat SMKBSB. Aku harap sangat mimpi tu datang lagi sebab it’s just so inspiring.
So, untuk entri hari ni. Untuk pertama kalinya dalam blog ni aku akan ceritakan tentang kawan-kawan sekolah aku – who are my BFF, crush, enemies and my beloved teacher. Kebanyakan gambar waktu lawatan, seminar dah hilang . Ini je yang aku sempat backup hari tu.
Nampak budak poyo pakai uniform plus vest kaler ungu tu..that’s me. Bendahari Kehormat PRS 2007-2009, lama tak. Dua tahun aku pegang portfolio tu, budak-budak cakap aku gila kuasa sebab tak nak lepas jawatan. Bukan aku tak nak, dah Kaunselor yang suruh aku hold portfolio tu.
Sports Day, salah satu sebab kenapa aku tak pakai baju rumah sukan – dapat escape, n lepak-lepak dengan kawan from rumah sukan lain, huu. Waktu sekolah lagi, dah belajar espionage…hehe
Gerai 5 Utarid waktu Pesta Ria 2009. One of my best memory waktu sekolah.
Yup, that’s me again. You know what, something very authentic about me since my zaman persekolahan : hairstyle. Always the same, Ustazah Putri said it’s like “chicken butt”..har3x

Solat Hajat SPM 2009. Ni pun lepas kena tarik dengan diorang, kalau tak memang takde lah gambar aku kat sini. Tak silap aku, Helmi ke yang campak kucing tu kat depan kolam lab biologi..huu, kejam2x..

Ni pulak time farewell party kat KFC. Of course, lepas SPM.
TYT Kamal, the best teacher ever. Cikgu sejarah aku sejak Form 2 sampai Form 5. Sampai sekarang takde pengajar yang dapat challenge beliau even lecturer or professor kat UiTM.
Waktu sign report card mid year exam. Sebelah aku ni namanya Azran. Kitorang sama-sama PRS, and he was my superior.
Crush? Carilah sendiri, salah sorang kat sini. Picture ni aku cilok, ni lepas habis paper last SPM.
BF pulak, zaman sekolah aku tak ramai kawan. Aku ada 3-4 orang je kawan yang betul-betul rapat dengan aku. From kiri, Dolah. Sebelah dia tu Sufi. Yang ketiga, takde dalam gambar Ahmed Shah dan yang paling rapat - pun takde dalam gambar, Afiq Azham. Diorang ni lah yang selalu layan repekan aku hari-hari kat sekolah.
5 Utarid, selalu rindu korang tapi sebab politik aku dah tak sehaluan dengan korang. Aku cuba nak berdamai tapi ..well, u know – it’s just too hard. Apa-apapun, best of luck guys. Godspeed Utaridians 2009

Thursday, July 26, 2012

Kisah AKU n Hari Keenam Ramadhan


Salam semua,

Hari ni masuk hari keenam kita berpuasa. Dah setengah bulan aku duduk kat rumah ni tak buat apa-apa. Nak kerja, sekejap sangat. So, buku je lah yang mampu aku hadap sekarang ni. This is only a typical short entry.

Ada 2 broadband kat rumah, aku punya and my dad. Mine, 1.5 GB while ayah punya 6 GB. Banyak, isn’t ? Before adik aku balik minggu lepas ada dia suruh aku download game fevret, dah lama dia nak tapi kitorang asyik tak jumpa link yang bagus, yang banyaknya dead link je. Ironically, satu jam lepas dia balik SBP – aku jumpa torrent yang quite okay jugak la. EA Cricket 2008 & EA Rugby 2008 – both of them under 1 GB file, ripped version maybe. Aku pun download la, install kat laptop dia..jangan harap nak install kat laptop aku. Laptop aku just accept game yang 5 star je, huu. Amazingly, both game perform perfectly.

Lepas part adik aku dah settle. Aku pun guna lah saki baki broadband ayah tu – nak download movie yang hilang dalam tragedy hard disk aku dulu. Target aku – Schindler List, Robin Hood, Master and Commander, Cast Away,  The Patriot, Windtalker, Gladiator and Saving Private Ryan. Criterion : Below 1 GB, average quality pun takpe, audio yang clear. So far , yang aku belum dapat download Windtalker, Gladiator and Saving Private Ryan je, yang lain semua settle. Tapi, broadband ayah dah reaching limit and I dare not to use it buat masa ni.

Study pulak, still dengan buku-buku Management tu. Aku ingat nak buat buku lah, compilation notes yang aku buat waktu exam hari tu. Mana lah tau boleh distribute kat junior-junior..huu, yang penting cover depan gambar aku..:-P

Tadi aku gunting rambut. Erm, tu je la nak cerita..

Bye, Lots of Love.

Kisah AKU n Alahai PAS


Salam semua,
Alahai PAS, bila aku label penyokong korang ni kuda tunggangan PR, diorang tak nak mengaku. Nak kata korang ni sampah dalam PR pun korang cakap yang PAS ni masih dihargai dan still relevan. Nak kata orang PAS tu semua maksum, takde dosa tapi lepas satu-satu bala dah dok kena kat diorang ni..huu. Penyokong diorang pun, akal pendek sangat. Pum pam pum pam, dok cakap hudud akan ditegakkan bersama PAS dan juga sekutu haramnya, PKR dan DAP. PKR parti keadilan yang sangat adil, sampai aku pun dulu ada lah jugak tenggelam dengan diorang ni, DAP : cauvinis tahap cipan yang dah tak sedar diri. Dasar anjing PAP, sedarlah korang tu dulu pakat ramai-ramai datang sini kerja kat lombong, ada hati nak tanah Melayu ni..huu. OK2, susah meraban ke mana pulak ni, aku tak nak komen pun pasal dua parti mabuk kat atas ni – yang aku nak cerita sekarang PAS – ladies and gentlemen, I present to you Parti Bulan, janji kebulan tapi bintang pun tak sampai..:-)
Mengikut lagenda, pemimpinnya si Nicky Ajis tu berpakatlah dengan DAP dan PKR dalam usaha menegakkan hukum hudud. Katanya, UMNO dan kerajaan gagal dalam meletakkan syariah Islam didalam pemerintahan. Memang betul pun, takde siapa yang cakap salah. Memang pemimpin BN tu gagal pun tapi mereka masih tidak gagal lagi dalam usaha untuk melatih masyarakat Malaysia untuk sentiasa berada didalam suasana keIslaman – undang-undang Syariah, perbankan Islam, sekolah, madrasah agama, Perkara  3, 11, 12 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, kebebasan beragama dan juga pendidikan Islam di Malaysia. Tapi PAS, masih dengan modal lama – terus menyalahkan kerajaan BN dan bagi mereka jika berjayalah usaha merampas kerajaan dari BN, hudud akan dilaksanakan. Persoalannya, boleh ke kelasi mengambil alih kapal dari nakhodanya.
 Ok. Sekarang ni kita tengok camna kartunnya orang PAS ni. Sebenarnya aku dah mula menyampah tengok penyokong-penyokong diorang ni time Perhimpunan Langau Hijau. Nak tunjuk yang penyokong PAS ni ramai la konon. Media-media PRO BN dok cakap yang datang sikit je, tapi zahirnya memang ramai pun. Jadi cuak aku hari tu tau, huu. Tapi, lepas aku dan several cybertroopers UMNO bertelagah dengan diorang, adalah pulak segelintir puak PAS ni cakap..mungkin tak sedar kot, katanya nak menyaingi Perhimpunan Merah UMNO yang kat Bukit Jalil..ngeh2x, munafik. Tapi, respek la, ramai jugak pengikut kau ye Nicky.
“Penyampahan” kedua..huu, bila masa pulak ada perkataan tu dalam kamus. Yang paling latest, ketika debat diantara ulama muda UMNO, Ustaz Fathul Bari dan juga Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi.  Bila ditanya oleh UFB tentang Karpal Singh, The Godfather , Mursyidul Am PR tentang hudud. Dimana Karpal Singh yang sebelum ni berkata “Hudud, over my dead body”  jelas beliau menolak. Nak tau apa jawapan si Ketua Pemuda PAS tu – katanya Karpal Singh dah mula menyukai hudud

"Karpal Singh dia kata...dia kata langkah mayat saya tu hok 20 tahun dulu dan dia pun beritahu itu ucapan saya 20 tahun dulu. Sekarang, dalam Konvensyen PR di Pulau Pinang baru-baru ni..katanya, setelah saya berkawan dengan PAS, saya tengok HUDUD, masalah HUDUD ialah kita boleh bincang semula....”
Waah2x, dah dapat hidayah. Alhamdulillah. Tapi cerita itu tak berakhir disitu, ketika ditanya tentang isu debat itu – Karpal Singh sekali lagi berkata 

“I will NEVER compromise,” said Karpal in a telephone interview with the New Straits Times.“I have always been very public and absolute on my stand to never have hudud implemented in the country... how then can he (Nasrudin) claim such a thing?”
Err, Nash. Apa cerr!! Takkan sebab tak nak kalah dengan UFB kau sanggup menipu. Tak baik lah, tapi kan yang bagi clear imej kat sini. Kalau dah Ketua Pemuda sendiri kaki kelentong, apatah lagi penyokong-penyokong dibawahnya..ngeh2x.Cerita tu x habis lagi. Yg paling latest, komen Ketua Pemuda PKR, Samsul Iskandar Mohd Akin yang menyebelahi Karpal Singh

"Saya ingin menasihatkan Nasrudin supaya merujuk persetujuan kita akhir tahun lalu bahawa hudud bukan sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui oleh semua pihak.

Har3x, kesian PAS. Kesian kat Nicky, lagi kesian kat penyokong hijau ni. Nampak sangat bukan parti yang mampu bagi efek pun dalam PR. DAP dan PKR tak bersama korang pun.
“Penyampahan” ketiga – berkaitan dengan anak si Nicky, Nick Abduh. Dalam syarahannya yang mengatakan Allah mahu PAS rampas Putrajaya. Ekstrak from video yang aku tengok : 

"..di dunia ini tidak ada satu perjuangan yang lebih suci dari perjuangan PAS ke putrajaya..."

"..kenapa kita ke putrajaya ? jawapannya ialah kerana Allah mengarah kita ke putrajaya.." 

"...Allah mahu kita rampas putrajaya itu dari musuh Allah dan musuh kita..."

Waah2x, ni lagi satu malaun yang melacurkan agama demi kepentingan politik. Istighfar tuan, dapat wahyu kat bukit mana ni? from siapa? Sesuka hati mulut je cakap camtu. Kenapalah nak rampas Putrajaya, bapak kau sendiri yang cakap yang Putrajaya tu satu projek pembaziran waktu zaman Tun M. Nampaknya Putrajaya menjadi kota suci yang wajib dirampas dan dipertahankan oleh pejuang PAS, bukan lagi Mekah, Madinah, Jerusalem. Taksub sangat, hah ni makan dia!!
"Penyampahan" keempat - kenapa ni sampai nak cerai isteri yang tak pakai baju hijau. Apa salahnya isteri tu tak masuk PAS, berdosa kah dia?
Bila cakap pasal PAS, kita akan surely bercakap pasal Kelantan. Negeri yang ditadbir PAS berpuluh-puluh tahun lamanya. Kata orang-orangnya negeri ini memang diberkati, Serambi Mekah. Tempat ulama dilahirkan, tempat mengaji ilmu, tempat itu, tempat ini..dan juga, negeri dimana patung Buddha terbesar di Asia Tenggara.. Oopps, sori ..slip out.

Sebab tu lah satu je aku mampu cakap pasal parti bulan ni. Alahai PAS.
Kami penyokong UMNO, tak pernah memusuhi PAS, kami kesian tengok keadaan parti tu dalam PR. Jom la join kitorang. Serius ni, tak tipu doe. Bersama kita tadbir negara ini dari parasit DAP dan PKR tu..

Rujukan

Wednesday, July 18, 2012

Kisah AKU n Pagi Tadi

Salam semua, hidup menganggur ni memang lah amat tak menyeronokkan. Bangun tidur makan, lepas tu masuk bilik main laptop. Tu la rutin sejak aku balik rumah ni. Tapi tadi aku memberanikan diri untuk masuk kawasan renovation rumah aku. Saja nak check as well as untuk amik beberapa barang such as buku, spender, baju sikit..hehe
Ni pintu depan. Asalnya ni ruang tamu, tapi ayah extend jadi lagi besar plus plaster siling tu.
Mak cakap, tengah aku ada kat rumah ni. Apa kata jadi budak penghantar air, makanan kat abang-abang yang buat kerja tu..Huu, sory la mak abang bukan kerja kat restoran dulu..:-)
Ni la depan rumah aku. Kata ayah muat la nak letak 2 bijik kereta kat dalam tu.

Kat sini la aku and family aku tinggal sekarang. Ni rumah jiran aku - kawan ayah. Kerja PETRONAS jugak macam ayah aku. Tapi selalu outstation and dia selal bawak family. Memang takde orang la.
Renovation ni start dah lama jugak - bulan 5, mak cakap seminggu sebelum raya baru settle..Mak jugak cakap, bagus lah kalau aku tak kerja sebab boleh tolong angkat kotak-kotak tu masuk rumah balik nanti..
Haa, ni tempat pembaringan aku. Tengok tu, banyak tak kotak. Ni pun katil jiran aku sebab katil aku tinggal kat rumah sebelah. Wuu, kerasnya tilam. Complain je tau aku ni.
Sesi memunggah barang. Proses mencari buku untuk dibaca waktu cuti semester ni. Serius rasa tak best kalau duduk rumah aje..
Ni lah buku yang aku nak baca sepanjang dua bulan ni. Semuanya pasal management - Human Resource, Total Quality and Management. Aku berazam nak jadi seorang manager yang bagus, mampu menjaga anak buah, bagi motivasi..sentiasa bagi komitmen dan banyak lagi. Aku nak belajar jadi leader dan manager yang bagus. Prof Zul yang galakkan aku baca buku sebab beliau cakap dengan ilmu kita boleh jadi manager yang bagus. Ingat 7 Trait of Leadership - salah satu daripadanya. Knowledge and Intelligence. A great leader have knowledge to distinguish themselves with misleaders.

In conclusion, adalah benda sikit aku nak buat waktu cuti ni daripada termenung cam orang kat Tg.Rambutan. By the way, wish me luck and dapat maintain kan momentum study ni.

Tuesday, July 17, 2012

Kisah AKU n Summary BAS Pt. 2

Salam semua, nice day nampaknya hari ni. Redup je Bdr Sg. Buaya, tapi aku kat dalam rumah ni serius tak tau nak buat apa. Bukan apa, rumah buat major renovation and aku dok kat rumah sebelah sekarang (rumah jiran tapi dia dah pindah). Rindunya nak tengok Astro..huu. Nak keluar, kawan takde. Kereta pun macam nak tak nak je hidup. Sekejap ok sekejap tak. Kereta lagi satu tu memang tak berani lah aku nak bawak kalau tak dapat greenlight from ayah. So, daripada mengeluh nasib hari ni, adalah lagi bagus kalau aku update blog. Seperti semester-semester sebelum ni, aku akan ceritakan ringkasan perjalanan semester dua aku bergelar pelajar BAS (Bachelor of Administrative Science). Enjoy!!

Kita ikut kronologi eh..

a) March 2012
1. Check in rumah sewa, memulakan hidup sebagai mahasiswa UiTM bergelar student NR.
2. First time bawak CT100 kat area Shah Alam..huu, best2x
3. Ditabalkan tanpa kerelaan sebagai CR untuk BA2C, approximate member seramai 1-50 orang (mengikut subjek, sebab sistem di UiTM yang membolehkan student main pilih je kelas mana diorang nak masuk)
4. Kelab Badminton extend it membership. Ada beberapa orang shuttler baru join. Formation of mixed doubles, women singles dan juga several reformation kat men's double.

b) April 2012
1. Masuk selection untuk Tunas SMF FSPPP untuk EXCO Penempatan & NR. Ada 55 orang yang mohon, dan at the end organisasi ni cuma perlukan 14 student je.
2. Made a good relationship with several lecturer, huu. Masa ni memang aku fully applied Dato Irmo punya nasihat - cable, link etc. Sangat berguna.
3. Program Aman Kampus, saya mahasiswa yang sayang  dan sentiasa support Tok Jib!!
4. Teambuilding FSPPP and VCSP 1.0 G.L.E.E - one of the best teambuilding yang aku join sepanjang aku hidup kat muka bumi ni.
5. Melayakkan diri dalam shortlist 30 orang TSMF. Ada satu je lagi halangan untuk masuk SMF - the best 14.

c) May 2012
1. First time urus Modul untuk student FSPPP, salah satu kerja sebagai SMF adalah unutk menguruskan modul. Guess what, SMF FSPPP merupakan salah satu SMF terbaik di UiTM Shah Alam, maybe kerana SMF fakulti ini urus modul sendiri, compare dengan fakulti lain yang diuruskan oleh management.
2. Join Ijtimak bersama Mujahid dan juga Madrasah Al-Mustaqimah di Seri Petaling. 3 hari yang bermakna dan mengubah hidup aku. Tanggungjawab untuk kelas agak berkurang sikit - komitmen dilonggarkan. Sebab before aku pergi Ijtimak ni, aku memang kecewa dengan diorang. So, urusan kelas bukanlah sepenuhnya diabaikan tapi usaha aku tak sekeras sebelum tu.
3. Alhamdulillah, berjaya memasuki senarai 14 orang yang terpilih menjadi Tunas SMF. Insyallah, semester depan naik ganti senior.

4. First CDO bersama Tok Yong's Family.

d) June 2012
1. Bulan Presentation. Ada satu minggu tu, maybe minggu kedua - aku ada 3 presentation. Sedangkan waktu tu sibuk dengan CA, TSMF and Forum lagi..huu
2. First time menguruskan program di peringkat Universiti sebagai Pengarah Program untuk Pertandingan Forum Pemikiran Pemimpin Negara - bukan saja jadi PP tapi jadi Panelist jugak. Menambahkan lagi kegembiraan waktu tu - group Forum aku dapat nombor 2..huu
3. 2nd CDO bersama Tok Yong's Family

e) July 2012
1. Bulan peperiksaan. Macam biasa ada target but, semuanya biasa-biasa je. Tak harap banyak sebab semester ni aku admit banyak tak fokus sebab terlampau excited dengan benda lain. Wish me luck okay!!
2. Bye-bye FSPPP, jumpa lagi bulan 9 nanti
3. Balik rumah, huu.

Ouh, terlupa pulak. The best lecturer untuk semester ni - Prof Madya Haji Zulkifli B. Abidin.  Walaupun Prof tak ingat nama betul saya tapi saya tetap ingat nama Prof. Thank you Prof kerana telah banyak menurunkan ilmu pengurusan kat saya, Insyallah saya akan cuba gunakan dalam hidup. Kenapa aku pilih Prof ni? Sebab beliau tahu macam mana nak motivate student-studentnya, walaupun ada yang mengkritik caranya mengajar tapi bagi aku it's the best among other. Prof juga lecturer yang bagi recognition kat CR, dari asasi aku tak pernah tengok lecturer yang recognize tulang belakang kelas..huu. Katanya title CR tu patut kena tukar kepada "manager", supaya each CR sedar tugas diorang ni bukannya suka-suka but ianya seperti praktikal kearah menjadi manager yang bagus kelak. Kami selalu diskus tentang masalah kelas, fikir camne cara nak improve tapi macam yang Prof cakap - semuanya bergantung kepada kehendak student itu - kalau nak belajar, maka senanglah kita nak bimbing. Akupun berpendapat macam tu - cuma skop aku berkaitan komitmen. Sekali lagi, Thank You Prof Zul!!

In conclusion, semester dua sangat seronok. Banyak benda baru aku belajar and aku harap semester yang seterusnya aku akan dapat pengalaman yang lebih luas, bnyak dan tentunya, menarik..Untuk title CR, buat kali keberapanya aku cakap - aku dah tak nak!!