Saturday, January 26, 2013

Kisah AKU n Summary BAS Pt.3

Assalamualaikum semua, seperti semester-semester sebelumnya, akan aku ringkaskan serba sedikit perjalanan hidup semester ketiga aku bergelar pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di UiTM Shah Alam ni. Tak dinafikan, banyak suka dan duka yang aku dapat semester ni. So, jomlah tengok sikit alang-alang dah sampai sini kan..huu

a) September 2012 
1. Mengendalikan PPW & MDS FSPPP - but waktu ni aku belum jadi SMF lagi, still dibawah TUNAS SMF.

b) Oktober 2012 
1. Kawan baik aku - merangkap roommate waktu asasi, housemate time degree iaitu Mujahid membuat keputusan untuk meninggalkan BLS demi mengejar ilmu agama, syariah dan hadis di Afrika Selatan. Sedih sangat, sebab banyak kenangan dengan dia. Asalnya aku dan Afiq diminta merahsiakan berita ni, tapi ada seorang kawan MCKK dia terpecah rahsia and then terus berita tersebar - aku and Afiq jugak yang jadi mangsa time tu.

c) November 2012
1. Memegang portfolio EXCO Penempatan & Non Resident bagi Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran, tak dinafikan ini merupakan sebuah kenangan terhebat aku dalam fakulti

d) Disember 2012
1.SAF 2012, menguruskan Team Lawn Bowls FSPPP yang kemudiannya membuka minat aku dalam sukan itu.

2. Bulan penuh program - 3 hari berturut-turut menjadi urusetia didalam menguruskan program fakulti iaitu Hari Keusahawanan, Majlis Anugerah Dekan dan Malam Apresiasi. Tapi, dibayar dengan harga yang tinggi dengan mengabaikan Test 2 Management Accounting.

e) Januari 2013
1. Minggu exam, rekod baru dicipta iaitu benda yang aku tak pernah buat pun sepanjang bergelar pelajar iaitu tak tidur sampai mencecah 28 jam

Ok, untuk lecturer terbaik semester ni. Erm, xde. Sory sangat sebab aku tak dapat nak pilih, bukan sebab takde calon yang sesuai but aku sendiri yang tak pasti. Reasonnya sebab semester ni takde sorang lecturer pun yang aku rapat, in addition aku sendiri yang busy membuatkan kerja-kerja yang diorang bagi sometimes aku failed to perform.
But sebagai ganti, aku ada award untuk the best memory of the semester. Final competition diantara SMF & Lawn Bowls menyaksikan yang memori dalam Lawn Bowls berjaya mengalahkan SMF..huu, tahniah-tahniah. Tak dapat dinafikan, Lawn Bowls sangat memberi impak besar dalam hidup semester ketiga aku ni.

In conclusion, semester 3 is average. Walaupun banyak benda baru aku belajar dari segi pengurusan fakulti from SMF but aku admit, banyak juga benda yang aku tertinggal dan terlepas/

Kisah AKU n Operation Holiday II

Assalamualaikum semua, dengan berakhirnya teambuilding FSPPP 2013, maka bermulalah cuti semester aku kali ini. Seperti cuti-cuti semester sebelumnya, of course aku perlukan pelan untuk memastikan cuti semester ini tak dibazirkan dan berlalu macam tu je. So, jom intai sikit apa plan yang aku nak buat sepanjang 5 minggu ni.
Lawn Bowls I : Insyallah jika tiada aral melintang, aku akan spend Selasa, Rabu, Khamis setiap minggu bermula minggu kedua cuti iaitu 5/2 hinggalah 31/2 untuk training. That's mean aku akan ke UiTM Shah Alam, maybe dari pukul 9 sampai 1 petang..lepas Zuhur aku balik lah.
Lawn Bowls II : Untuk hari-hari lain, aku akan menggunakan masa untuk membaca manual berharga RM 35 yang aku print tahun lepas. Dalam ni banyak teori, strategi dan juga persiapan yang perlu aku tahu untuk mendapat latihan yang betul.

Third Language : Yup, cuti ni aku nak gunakan untuk improve Nihongo I aku yang lepas.
Soft Skills : Alright, maybe akan gunakan masa lapang untuk polish presentation skills melalui buku The Art of Public Speaking

Guys, wish me luck k..and hope korang pun dapat utilize cuti korang sebaik mungkin..:-)

Kisah AKU n Teambuilding FSPPP 2013

Assalamualaikum semua, lambat update lagi nampaknya. Aku baru sahaja habis mengikuti Teambuilding FSPPP 2013 yang bermula pada 22 sehingga 24 Januari 2013 tempoh hari. Jadi, entri panjang hari ni berkaitan dengan program yang dianjurkan Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, sebuah organisasi dimana aku bekerja..huu
Ni waktu tunggu bas, bas pertama sampai dalam pukul 12.05 tengahari and nombor dua tiba around 12.15 - risau jugak aku takut bas lambat gila sebab aku and Tiqah yang in charge untuk pengangkutan peserta dan urusetia semua.
Bas kedua yang aku naik bertolak lambat sikit sebab tunggu pegawai pengiring kami, Cik Radziah yang ada consultation kat fakulti - dalam pukul 2 bas berhenti rehat di R&R Seremban.
Inilah Umang-Umang Chalet, Kuala Linggi, Melaka yang menjadi medan untuk kami seramai 52 orang pemimpin pelajar di FSPPP untuk bersatu dibawah satu team instead of persatuan. Ingat senang ke nak menyingkirkan semangat berpersatuan tu? huu. Itulah sebab kenapa teambuilding menjadi perkara wajib yang perlu dilakukan dari level sekolah hinggalah ke alam pekerjaan.
Ni waktu nak dapat kunci bilik, satu bilik 3 orang..and of course la laki dengan laki..huhu
So, aku dapat sebilik dengan Aqmil and KB. Nasib baik la aku kenal diorang ni..huu, Aqmil aku kenal sebab satu kelas HR dengan dia, KB pulak time program Debat November lepas.
The best things about bilik ni, ada tv and aircond ..huu, kelas gitu. Ko ada teambuilding camni? hii
Lepas kemas-kemas barang kat bilik ada pembahagian group sepanjang program ni..huu, pelik kan nama je teambuilding tapi ada grouping - maybe fasilitator nak test kot, erm tak tau lah mestilah ada reason kan kenapa diorang buat macam tu.
Satu group lagi dengan Saufi, dulu kami satu group jugak time Teambuilding FSPPP 2012 kat Bentong. At least dah ada strong bonding kat situ.:-)
Habis je pembahagian group kami diberi peluang untuk berehat. Waktu ni aku meluangkan masa untuk berjalan-jalan sekitar chalet, cantik jugak la pemandangan pantai kat sini.

Lepas Isya', aktiviti malam bermula - perhaps benda yang aku paling tak gemar - jungletrekking and it's on night. Dulu kat Bentong, trek memang panjang, jauh dan memenatkan -sampai ada yang dehidrasi sebab kekurangan air. But kat sini, trek tak sepanjang kat Bentong but sangat mencabar mental dan fizikal. Nak tau sebab apa? sebab kat sini, sebelum memulakan perjalanan kami dikehendaki menyapu getah sekerap kat muka, dan badan..huk, bayangkanlah..selepas itu, setengah perjalanan kami dikehendaki merangkak dalam lumpur yang boleh dikatakan busuk, dan tebal (ada satu part tu aku terpegang telur apa tah..huhu)  membuatkan kami sukar bergerak dan aku memaksa kekuatan tangan kiri untuk terus bergerak. Bila tamat je jungle trekking yang checkpoint keduanya berakhir di pantai, kami dibenarkan mandi membersihkan diri, huu..memang bertukar warna air laut tu.

Lepas dah cuci sikit, ada satu lagi checkpoint. But ni takde lah ekstrim sangat - just kena gigit sikit peria katak, petai raw, epal hijau, lada benggala dan juga lolipop yang telah dihisap oleh semua group member..hii. Sebagai konklusi aktiviti malam tu, dikatakan kepada kami bahawa getah asalnya merupakan sumber ekonomi Malaysia, lumpur pula merupakan asal usul kejadian kita - moral of the story sometimes kita perlu ingat dimanakah asalnya kejadian kita dan juga apakah yang membantu menggerakkan ekonomi negara kita suatu masa dahulu.
Pukul 3 aktiviti pada malam itu berakhir, kami diberi peluang untuk menyucikan diri dengan sebersih-bersihnya, bilas baju, seluar, kasut and stokin. Malam ni aku dah rasa semacam jugak kat bahu kiri aku tu..(dalam gambar: Aqmil )

Seperti yang aku jangka, sekitar pukul 5.30 pagi bahu kiri aku terasa sakit yang amat - tangan kiri aku terasa sejuk dan keras, lengan pula berdenyut-denyut. Setengah jam jugak aku tahan sakit, call Abg Fariz mintak salonpas, or apa-apa yang dapat relieve sakit tu, tapi takde. Mior cakap aku kena muscle shock, aku pun agak camtu sebab waktu aktiviti lumpur semalam memang aku paksa gila tangan kiri aku ni. So, untuk aktiviti pagi tu aku sebenarnya dikecualikan - tapi still rasa nak join, nak hilangkan sakit Abg Fariz belikan mineral sejuk and then attached kat bahu ke lengan aku. Tengahari pulak, rasa macam dah ok sikit tapi aku tau lah siapa yang pergi sentap tangan kiri aku waktu aktivit blindfold terus sakit balik..*&^%#@

Petang ada aktiviti komunikasi  dan juga aktivit pantai - yang paling best buat istana pasir. Seronok kot, lama dah tak buat benda-benda ni, aku dengan Ida, Apai, Amirul Hafiz buatlah jalan air, watch tower and benteng untuk kota pasir Group A yang diketuai Talha. Sory eh, gambar aku tak dapat nak amik sebab tinggalkan kat bilik, bukan apa sebab aktiviti kat pantai kan, takut basah -  rosak pulak C3 aku tu. Lepas siap, dapat mandi laut, ni pun seronok jugak - tapi tak dapat nak berenang sebab bahu aku still injured lagi. Lagi best bila tengok si Talha tu menari gimrama dalam air - sebijik betul cam kat Olimpik..huu
Malam pula macam biasa ada malam kebudayaan but seperti yang dah diberitahu awal-awal - bersempena Maulidur Raul , persembahan kami mestilah bertemakan unsur keIslaman.
Ada yang buat nasyid, deklamasi sajak dan juga sketsa. Kami kumpulan 6 mempersembahkan sebuah sketsa tentang dendam seorang lelaki yang kerap dibuli oleh rakan-rakan perempuannya dari zaman sekolah hingga ke alam universiti. Menutup sketsa itu, lelaki itu bertindak membunuh rakan-rakannya. 
Mendengar konklusi malam kebudayaan oleh Ketua Fasilitator, Abg Fariz Asyraf.
Ni bukan deklamasi sajak ok, just si Talha ni kalau nak bercerita memang stail dia ni over sikit uolls, huu
Waktu ni pulak time proses evaluation - ianya dilakukan oleh siapa-siapa sahaja yang berminat nak evaluate diri kita dengan cara menulis komen dikertas yang dilekatkan belakang kita. Overall aku dapat 10 komen, and kebanyakkannya berkaitan dengan ketegasan dan keberanian. 

Ingatkan habis je malam kebudayaan dapatlah tidur, tapi ada jugak aktiviti pantai malam-malam tu - war game. Walaupun dah ngantuk but aku suka game ni, ala-ala macam combat gitu. Ada 3 group - Group A, Group B dan Zionist. Yang berperangnya group A and B je, but Zionist bebas untuk menyerang both of group tu, dengan bantuan PBB. Logiknya game ini menurut Abg Fariz, Group A & B sepatutnya bersatu dalam menghancurkan Zionist but sebab masing-masing selfish dalam game ni, dua-dua tewas.
Pagi tu, aku terjaga lewat but ada excuse kan?..hehe Untuk aktiviti hari terakhir takde heavy sangat pun and bahu aku pun dah bertambah baik. Kami dipecahkan mengikut persatuan - SMF, STC, SiMECTRA, BACAS dan CASS. Tugasnya kami perlu membuat paperwork tentang program yang dapat meningkatkan imej dan identiti fakulti. Banyak ilmu baru dan juga idea/konsep yang aku dapat daripada aktiviti ini. Program berkaitan polisi, dasar dan juga ilmu korporat are always boring but ada caranya untuk menjadikan ianya suatu benda yang fun, melalui idea-idea yang kreatif.
Selepas itu, kami diarahkan untuk mengemaskan bilik dan berkumpul, nasib baik aku dah call driver bas siap-siap pagi tu, and amazingly bas sampai awal.
Wajah ceria, huu..bukan apa sebab aku rindu lagi family aku yang tengah menunggu kat rumah tu. Dah lama tak jumpa diorang.
Joe bersama En Kamal Muhsin, salah seorang daripada fasilitator yang bertugas untuk teambuilding ini. Terima kasih atas kerjasama anda!
Biasalah student-student, walaupun bas tengah dok tunggu diorang - ada je excuse nak amik gambar. Tapi takpe sebab aku dah cakap siap-siap jugak, huu. Nasib baik brader tu cool je, kalau tak mesti aku dah kena maki hamun.
Bye-bye Umang-Umang Chalet, sebuah tempat yang bagus untuk teambuilding. Ada masa kami datang lagi ye..:-)
Bas-bas yang bertanggungjawab membawa kami kesini pergi dan balik. Banyak suka dan duka yang aku terima dalam usaha mendapatkan bas-bas ni, wuu
Haa, nilah "Gelugor", best actor waktu malam kebudayaan - dialah yang melakonkan watak pembunuh tu. Abang dia bekas Presiden SMF 2011-2012,. Kenapa pulak aku letak gambar dengan dia ni? huu, sebab dia one of my best and loyal reader untuk blog aku ni..huu, tak sangka ada orang yang suka baca blog ni..btw, tenkiyu Amirul. Banyak sembang dengan dia waktu dalam bas, siap promote main lawn bowls lagi tu..kii
Dalam pukul 5, kami menjejakkan kaki di bumi Shah Alam. Alhamdulillah, tugas aku sebagai Biro Pengangkutan pun dah selesai, then aku bergegas ke Fac Engine tempat aku parking motor, masih dalam keadaan selamat lagi my CT100 cuma agak berhabuk sikit, hujan kot. Sampai je rumah, mandi lagi sekali pastu tidur jap - pukul 7 tu Abg Firdaus sampai.then aku pun bertolak ke Rawang..cuti semester pun bermula.

Friday, January 18, 2013

Kisah AKU n Jangan Mengalah

Assalamualaikum semua, topik entri hari ni simple. Seperti apa yang Realist scholar terangkan didalam teori International Relations - you must seize power to protect the interest ,state survival and security. Didalam usaha membina power superiority, there is one key idea that become an essence untuk perjuangan membina jati diri yang kuat - iaitu sikap tidak mengalah.

Hari tu kalau korang ingat aku pernah cerita yang aku ada bersembang dengan Pn Haslah tentang boling padang right? Nak dijadikan cerita, waktu kitorang sembang and aku mendengar cerita dan pengalamann beliau. Aku tertarik dengan cerita dimana Malaysia menentang Ireland, Pn Haslah bermain didalam Women's Forth ketika itu. Didalam perlawanan ini - skuad Malaysia yang masih mentah dan dianggap sebagai underdog ketika itu ketinggalan 19-5. Kemudiannya bangkit mengalahkan mereka dengan mata 25-19. This is a story of my entry today - about the power and the concept of never surrender, the game is not over till the last ends. Satu prinsip yang perlu kita pegang didalam hidup ini.

So, ceritanya dengan aku. Walaupun belum mendapat peluang bermain dalam real life atas kekangan exam, aku meluangkan masa bermain bowls dalam internet - just untuk biasakan diri dengan sistem kiraan, as well as strategy. Diharap dapatlah aku apply nanti. Nak dijadikan cerita, semalam aku (Malaysia) menentang England. Ketinggalan 1-12 pada mulanya - waktu ni memang rasa nak tutup je game tu. But, tak tau sebab apa aku tetap meneruskan game itu sehinggalah point terakhir.
Aku cuba bangkit, walaupun harapan nak kalah tu nampak jelas. England cuma memerlukan 8 mata untuk memenangi game ini. But, inilah masa untuk aku menguji ketahanan mental aku.
Lama jugak aku main semalam, and ketika ini semangat kembali membara - hampir nak menyamakan kedudukan. Waktu ni aku percaya yang sikap tak mengalah sometimes membuahkan hasil yang positif jika kita still keep faith terhadap diri kita
Pertengahan ends menyaksikan kejutan dicipta dengan aku berjaya menyamakan kedudukan setelah ditinggalkan 1-12 pada permulaan match.
Melebarkan kekuasaan..huu, bila kita mempunyai semangat yang kuat - lagi-lagi bila kita berjaya bangkit dari kegagalan. Kita akan jadi lebih selesa dan stay positif untuk menghabiskan perlawanan. Kunci dsini ialah stay focus
and finally, sikap melawan itu selalu memberikan kejayaan untuk kita. Tak kira walau apa pun situasi yang kita hadapi, kita mestilah selalu berusaha untuk menentang segala kemungkinan, percaya pada diri dan juga stay positif.

So, itulah cerita entri petang ni. Semoga korang dapat absor teladan dan pengajaran yang ada dalam entri ini. tq

Tuesday, January 15, 2013

Kisah AKU n Lawn Bowls

Assalamualaikum, huh..record baru ni dah nak dekat 2 minggu tak update - semuanya gara-gara final exam yang buatkan aku langsung takde breathing space untuk berseronok, mahu pun mengupdate blog. Semalam habis paper HR, and the best thing bila habis paper ni aku ada masa gap yang panjang jugak lah untuk berehat - iaitu 4 setengah hari sebelum paper IR yang bakal tiba hari Jumaat ni.

So, dalam time-time exam ni pun sebenarnya ada kerja SMF lagi, hadoi..jadi Biro Pengangkutan pulak untuk Teambuilding Melaka, pada 22-24 Januari. Lepas exam je terus teambuilding, memang bermotivasi betul..huk. Minggu lepas dah hantar borang nak guna bas, pastu hari Sabtu lepas Hafiz kata nak tambah lagi sebijik van pulak - angkut barang maybe. Erm, aku sebagai Biro Pengangkutan ni menurut lah perintah and pergi fakulti tadi amik cop dekan and fakulti. Trauma doe, pergi Unit kat UiTM ni tanpa cop and surat kelulusan. Diorang reject time-time tu jugak. Esok barulah dapat ke Unit Kenderaan, itupun kalau Dekan dah cop and sign la.
Lepas je pergi fakulti tadi, aku singgah Gelanggang Bowls jap..ingat nak main seround dua. Tapi, Masyallah rumput bapak lah tinggi, green tak rata..Hrmm, diorang ni buat kerja time ada tournament je kot. Kehampaan, aku pergi Pusat Sukan jumpa Pn. Haslah, ingat nak bagitau je pasal green tadi. Jumpa pukul 11, then habis consult pukul 3 petang..huu, bukan apa - aku dok bincang dengan beliau tentang prospek Bowls aku. Seperti yang dirancang, beliau sudi nak train aku mungkin sebab aku letak banyak sangat effort dalam sports ni, dan juga minat yang tinggi.
Dalam kitorang diskus tu banyak pengalaman beliau yang aku cedok. Untuk pengetahuan korang, Pn Haslah ni wakil negara dalam Bowls - pernah join SUKOM 98, Asia-Pacific, World Bowls dan banyak lagi. Time tu jugak beliau cakap aku ni mengingatkan dia tentang seorang atlet UiTM yang hampir sama macam aku dari segi kesungguhan. Student Part 5 kat UiTM dulu, asalnya dia tengok je orang main pastu berminat - samalah macam aku. Bezanya waktu dia baru nak main time Part 5, memang kena basuh jugaklah dengan Pn.Haslah sebab tak guna peruntukan sukan RM25 yang setiap student UiTM bayar for each semester. Tapi, sebab student tu kering jugak perangai - extend sampai semester 12 semata-mata untuk jadi wakil UiTM for MASUM. Team tu dapat Emas, at that time memang student tu menangislah.Terharu aku dengar doe, sobs3x

And, untuk aku pulak - target untuk tahun ni ada dua, event dalam UiTM jelah. Sebab mustahil la nak join event-event besar anjuran MBF sebab kata Pn. Haslah untuk National Cup etc. pun beliau ada kesukaran nak pilih 2 team (9 player) sebab UiTM Shah Alam sahaja ada 11 player yang dah memang establish dalam sukan ni. Takpe, slow-slow Farid, take your time - event tu bukan standard aku lagi. Event dalam UiTM, SUKOL pada bulan Mei, manakala SAF pulak bulan 11. Dan untuk itu, aku decide untuk gunakan cuti semester untuk berlatih. Rawang-Shah Alam bukan jauh mana pun, balik hari je lah. Spend 2-3 hari seminggu ke, main sorang-sorang pun OK apa. Kalau ada student UiTM NR yang nak join, boleh lah contact aku. Kita main la sama-sama..huu
Kenangan SAF 2011 - waktu tu bowls aku up 2 kot..hii, bangga pulak.
Future Effort
1) Lepas kelas aku akan singgah Green instead off balik rumah makan, tidur, study
2) Cuti sem akan menyibukkan diri training
3) Of course akan sentiasa consult dengan Pn Haslah untuk further improvement
p/s : aku tak pernah rasa se-eksaited macam ni

Ok guys, cukuplah coretan tengah malam aku hari ni. Goodnight chap..

Tuesday, January 1, 2013

Kisah AKU n 2013 Resolution

Assalamualaikum 2013, apa khabar..? baik, ok aku pun baik jugak. Sebabnya kita 0-0 lagi, so please be nice with me okayh. Tahun lepas dah mengotakan janjinya dengan memberikan banyak kenangan hebat untuk aku, so dengan ini aku harap kau pun buat benda yang sama. Orait, seperti tahun-tahun sebelumnya dan mendatang..untuk tahun baru kita mesti ada azam. Sebuah list resolution yang menjadi peringatan dan panduan buat kita in case kalau tersesat ditengah jalan.

Azam tahun lepas boleh dikatakan 90% complete, cuma yang part mak ayah tu aku tak boleh nak buat penilaian sendiri. So, untuk tahun ni azam kebanyakkannya sama dan ada sikitlah penambahan.

1. CGPA yang baik, untuk semester 3 aku tak harapkan banyak - cuma sekadar dapat maintain above 3.00 je.

2. Join SAF 2013, aku berharap nak jadi player lawn bowls yang elite time tu sebab waktu edisi 2012 aku masuk dengan ilmu yang kosong.

3. Blogging - semoga blog yang menjadi medan penceritaan aku ni terus beroperasi

4. SMF - resign bila the exact term habis. Term aku habis sem depan dan aku tak berniat pun nak extend term, sakit woo kalau pegang sampai 2 tahun - tak kemanalah CGPA aku nanti.

5. Menjadi anak yang mengenang budi dan baik

6. Bergiat secara serius didalam sukan Boling Padang.

Jadi, itu sajalah resolution list aku untuk 2013. Semoga azam aku ini diberkati Allah dan dipermudahkan segalanya. Amin