Sunday, May 22, 2016

Kisah AKU n Lepak Sampai Lebam!

Assalamualaikum,

Lambat aku bangun pagi ni. Biasanya kalau tidur balik lepas Subuh pun pukul 8 dah terjaga. Hari ni terbangun pukul 10! Ni semua gara-gara aktiviti hujung minggu semalam. Nak dekat 12 jam jugak aku merayau. Kutu rayau punya budak..haha

Plannya semalam nak hangout dengan Brotherhood Shah Alam, dah lama tak melepak dengan diorang. Gerak dari Sungai Buaya pukul 3.30 petang. Singgah Asar dulu then around 5, kami terus shoot ke Space U8 for X-Men: Apocalypse and karaoke time.
Berkarok dulu. Ni antara rutin penting kami time belajar dulu. Asal ada free time je lepak Plaza Alam Sentral pergi karok jamban kat sana..:-p
Muka berkerut tu memikirkan timing yang tersasar semalam. Sebab ada arrangement lain dengan Brotherhood Sungai Buaya. Ni semua Joe punya pasal..haha
Yat amik feel...haha
Muka tak boleh sombong lagi ke bro? huu
Sedikit background mengenai Brotherhood Shah Alam - kami ada 5 members sebenarnya. Aku di Rawang, 3 di Shah Alam and sorang lagi kat Johor. Ditubuhkan pada 2012, original member dalam group ni ialah aku, Joe dengan Pok Jad. Sebab kitorang memang selalu lepak bertiga, then Helmy joined, followed by Yat..:-)
Selfie satu round!
Sambung minum di Khalifah. Ni pun antara port biasa jugak kami berkumpul dulu. Buat PROMA, Research Paper, meeting, tengok bola dll. 
Haa, ni lah sorang lagi ahli kami. Pok Jad namanya. Selalu enter-frame dalam blog aku dulu..haha. Tapi since jarang jumpa ni rasanya korang pun mungkin ingat-ingat lupa bro ni..:-)
Around 10.30, aku meminta diri untuk bergerak. Serious timing dah dragged gila-gila. Macam lipas kudung aku drive ke Rawang semalam dan selamat juga sampai ke destinasi dalam pukul 11.10 PM.
Tengok muka diorang panas je kat aku..haha. Benda ni dah plan Jumaat lepas lagi. Tapi sebab ada unexpected changes of plan kat Shah Alam, tu yang jadi kacau sikit. Relax lah guys, macam tak biasa pulak lepak pukul 11 keatas..:-p
Nak jaga hati punya pasal. Sambung melepak kat cyber cafe sampai pukul 3 pagi walaupun time tu mata punyalah dah rabak. Nasib lah adik kata tak jadi nak move barang hari ni, boleh sambung tidur pasni..hee

Kawan-kawan aku tak ramai pun, diorang ni je lah kawan berkualiti yang aku ada. Yang susah senang bersama tak kira masa. Sebab tu aku tak kisah pun berkejar sana sini, asalkan dapat melepaskan rindu kat mereka-mereka ni. Itulah sebabnya mereka ni bukan sekadar kawan, tapi sebuah Brotherhood.

P/S: Esok ada job interview lagi, wish me luck. Amin

No comments:

Post a Comment