Sunday, May 29, 2016

Kisah AKU n Zaharin's Wedding @ Cempakasari

Assalamualaikum,

Minggu ni ramai kenalan aku yang dah selamat menjalani hidup baru bersama pasangan yang tersayang. Cuma aku hanya sempat menghadiri satu dari dua majlis yang diundang.
Petang tadi aku menghadiri majlis perkahwinan rakan sekolah, Zaharin Azlan dan pasangannya di Bandar Sungai Buaya.
Majlis ini berlangsung di kediaman keluarganya di Presint Cempakasari, berdekatan dengan rumah aku. Boleh je nak jalan kaki, tapi terik sangat tadi. Sudahnya, naik je lah kereta. Tak luak pun minyak..huu
Tiba di majlis sekitar jam 2 petang. Kawan-kawan sekolah ramai yang baru sampai jugak.
Dari kiri - Dolah, Daud Kutai, Daud Dolah.
Dari kanan - Afiq Azham, Ib dan Shahir
Aku bersama Afiq. Kesian bro ni, dah tu semalam kerja sampai pukul 3 pagi. Petang ni kena kerja lagi.
Lepas makan terserempak dengan geng sekolah yang lain - Husnor, Amir, Ijat, Iwan. Apa lagi, sambung bergambar lah..:-)
Haa, ni lah dia Zaharin. Rakan sekelas aku time Form 2. Selalu main roundess depan rumah dia petang-petang. Dah selamat jadi suami orang tadi. Tahniah bro!
Bergambar kenangan bersama pasangan raja sehari kita hari ni..:-)
Around 3PM, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Elok je sampai porch kereta, hujan. Tadi bukan main terik lagi. Aneh betul cuaca kat sini sekarang?

Bagi menutup entri petang ni. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Zaharin dan isteri. Semoga berbahagia ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang baik hendaknya. Amin. Ohh, almost terlupa. Ucapan yang sama juga aku tujukan kepada Saudara Hairul Azzam (Rakan sekelas di UiTM) dan pasangannya Atika yang juga melangsungkan perkahwinan mereka hari ini di Negeri Sembilan..:-)

P/S: My turn? No comment.

No comments:

Post a Comment