Sunday, November 19, 2017

Kisah AKU n AlloyMtd Teambuilding 2017 - Day 1

Assalamualaikum,

Lama jugak aku tertidur semalam. Lepas Isya terlelap sampai pukul 2 pagi. Tengok EPL jap which Newcastle kalah lagi (pfft), then sambung tidur balik. Bangun Subuh, pastu sambung lagi sampai pukul 9 pagi tadi. Haha. Nak kata tak cukup rasanya aku ni hari-hari jugak tidur 5 jam je. Letih sikit kot minggu ni, maybe lah. Okay, nak cerita sikit pengalaman aku join satu aktiviti hujung minggu ni. Program yang dinamakan AlloyMtd Teambuilding 2017 ni merupakan inisiatif syarikat melalui our Group Human Capital Division untuk menyemai semangat pasukan efektif dalam kalangan staf kearah satu visi yang sama iaitu - Extending Our Border. 
 
Sebanyak 4 kumpulan yang dibentuk terdiri daripada 40+ staf yang diambil secara random dari syarikat-syarikat yang bernaung dibawah AlloyMtd Group of Companies. This is Group 1 @ The Fighter. Dalam group ni lah aku dan 10 ahli pasukan lagi akan bersatu hati dan tenaga untuk mencapai objektif teambuilding ni. Okay, format cerita kali ni simple. Day-basis and cam biasa lah, kalau nampak ada gambar yang takde my blog watermark macam kat atas ni. Maknanya gambar tu aku cedok dari our team shared images. Credit in advance kepada contributors!
Bas membawa kami ke venue team-building yang terletak di Bentong, Pahang sekitar jam 9 pagi.
Bye, saya pergi 2 hari je bos. Kerja semua dah delegate dekat kawan-kawan. Apa-apa boleh tanya diorang ye. Happy Working!
Sekali sekala selfie dalam bas..:-p
Ketibaan di Suria Hot Spring Resort, Bentong. Register nama dulu before masuk Dewan Rafflesia ni.
4 Pillars of AlloyMtd. Respect.Integrity.Trust.Excellence
Aktiviti pertama - Taklimat dari fasilitator dan pengurusan Suria Hot Spring, sesi pengenalan ahli kumpulan, bendera, war cry dan juga ice breaking session.
Luncheon di Padi Restaurant yang disediakan pihak Resort.
After lunch, yang lelaki dibawa menuju ke Masjid Tengku Sulaiman, Ketari, Bentong untuk menunaikan solat Jumaat. Kat sini memang kelakar betul. Bas dah bergerak setengah jalan nak balik ke Resort, boleh pulak tertinggal sorang. Mana taknya, Abg Razak tu dah lah pakai baju Melayu, berkopiah pulak tu. Dia punya blend tu takde siapa perasan. Mungkin kami pun ingat dia orang-orang Bentong jugak. Haha
Modul pertama bermula sekitar jam 3 petang. Indoor activity ni basically untuk membentuk an effective communication diantara ahli pasukan. Ada 3 jenis game yang dijalankan, semuanya berkaitan dengan deria penting manusia yang vital untuk komunikasi dua hala - mata, telinga dan mulut.
4PM - kami diminta check-in ke bilik dulu dan bersiap untuk ke modul seterusnya. Ni bilik jenis Quad Deluxe, yang boleh memuatkan 4 orang. Aku berkongsi bilik dengan Bro Bad, Abg Saiful dan Abg Azhar. Masing-masing dari kumpulan yang berbeza.
Modul 2 ni dominantly water activity. Kat sini lah Team Fighter sapu bersih semua game. Tak bagi chance tu, isi air dalam paip menang, waterpolo pun tak payah cerita lah betapa mantapnya attacker and defender kitorang. Paling banyak gol, paling sikit bolos. Huu
6 PM - Aktiviti ditamatkan. Alang-alang dah sampai sini kena lah cuba berendam dalam Hot Pool ni. Ada 2 jenis Hot Pool, satu yang panas betul. Satu lagi suam-suam. Yang suam tu pun dah rasa macam kena rebus, yang panas tu apatah lagi. Haha
Sudahnya rendam kaki je. Haha
Aktiviti malam dimulakan lepas Solat Maghrib dan dinner. Dah kenapa kau ni? Dah macam Hang Nadim aku tengok..:-p
Yup, malam tu ada team show. Kira macam Malam Kebudayaan jugaklah. Mengikut tema team-building kali ni, setiap pasukan kena buat sketsa 10 minit bertemakan cerita rakyat. Sesuai dengan nama Team Fighter, kami mempersembahkan sketsa bertajuk Jebat Derhaka. Watak-wataknya (from left to right) - Kak Wan (Dayang Istana), Fitri (Dayang Istana), Miza (Dayang Istana), Abg Shah (Bendahara), Abg Razak (Hang Tuah), Abg Mie (Hulubalang Istana), Abg Zali (Sultan Melaka), Abg Bakri (Hang Kasturi), Kak Ayu (Dayang Istana), Kak Liza (Dayang Istana) dan En. Farid kita sebagai Hang Jebat. Huu
Ekoran kematian Hang Tuah tanpa usul periksa, Hang Jebat bersumpah untuk membuat onar di Kota Melaka dan membunuh Sultan.
Pertarungan "epik" Hang Tuah dan Hang Jebat. Haha, cam cibai punya epik. LOL
Hang Jebat menyerahkan semulaTaming Sari kepada Hang Tuah yang lalu digunakan untuk membunuhnya. Semua kumpulan menyempurnakan sketsa dengan baik. Macam-macam cerita ada, ada Si Tanggang (In-Team), Tanggang versi Moden ada (Free-Go), Si Luncai (Hornet) pun ada jugak. Pendek kata memang kreatif lah staf-staf AlloyMtd ni.
Oi, dah kenapa pulak tersadai kat depan bilik ni Bad? Haa, itulah kisahnya. Lepas aktiviti habis sekitar jam 11.30 malam. Kami semua solat Isya berjemaah, sampai je depan bilik. Bro Bad kata pintu tak boleh open. Bateri pintu low kata staf Resort. Sudahnya sampai jam 1 pagi baru kami berempat dapat masuk tidur. Dalam 80 bilik yang ada kat sini, kenapa lah bilik ni yang kena. Haha

That's the end of cerita hari pertama kami berteam-building kat Bentong ni. Nak tahu cerita hari kedua, silalah klik link ni

No comments:

Post a Comment